Monday, November 9, 2009

Kereta Merah Rosak, Dapat Basikal Baru

Posted by Nur Insyirah at 10:43 PM

2 gambar di atas adalah reka bentuk rambut semula jadi
saya selepas beberapa jam mandi.


Dan 2 gambar ini pula adalah reka bentuk (tidak semula jadi)
yang sudah disikat selepas mandi.

Beberapa hari yang lalu, abah belikan saya basikal baru. Memandangkan kereta merah kesayangan saya sudah rosak untuk dipandu... abah menggantikan dengan kenderaan lain pula. Yang ini lebih mencabar kerana tinggi. Setakat hari ini saya hanya mampu menguis dengan hujung jari kedua-dua belah kaki saya.

Setiap hari saya asyik terngiang-ngiang wajah basikal semut saya ini. Balik sahaja dari rumah Mam Ina, saya terus naik basikal saya.

Terima kasih abah atas pemberian yang penuh bermakna ini. Saya harap saya dapat menjaganya dengan baik. Saya juga berharap ia tidak cepat rosak seperti kereta merah yang kecil itu.

3 comments on "Kereta Merah Rosak, Dapat Basikal Baru"

Feeza Wahab on November 10, 2009 at 10:39 AM said...
This comment has been removed by the author.
Feeza Wahab on November 10, 2009 at 10:42 AM said...

hehe comel, comel warna hijau lg tu! tak sabar nak belikan Qistina juga..:)
err..rambut Syeera juga seperti Qistina..kerinting! hehe

Nur Insyirah on November 10, 2009 at 1:33 PM said...

hahahaha agak dah mama feeza nak komen warna basikal tu. Itulah rambut sama dengan Qistina. Tapi Qistina nak jugak mama dia ikat rambut. Saya tknk kalau ibu ikatkan.

 

Ini Satu Cerita... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal