Sunday, May 31, 2009

Saya Juga Hendak Main!

Posted by Nur Insyirah at 11:11 AM 2 comments




Pada 29hb Mei, saya berdua sahaja dengan ibu kerana abah bekerja. Apabila saya terjaga daripada tidur, saya mula memerhatikan keliling rumah saya. Kenapa senyap sahaja? Mana perginya semua orang? Saya hanya baring dan diam.

Memerhatikan gelagat saya itu, ibu berasa kasihan kepada saya. Mana tidaknya, semalam ramai yang bermain dengan saya, tiba-tiba pagi itu sunyi pula. Ibu pun menghantar sms kepada Kak Long Atikah memberitahu gelagat saya itu. Apa lagi... Tok suruh saya dan ibu datang ke rumah Alang. Ibu meminta izin daripada abah terlebih dahulu untuk ke rumah Alang kerana abah dijangka pulang lewat petang. Selepas itu, Pak Ngah & Pak Lang datang ambil saya dan ibu. Pak Ngah membawa kami meronda-ronda ke Kampung Nakhoda kerana mahu mencari kawan lama katanya. Saya begitu seronok apabila dibawa berjalan-jalan.

Selepas makan tengah hari di rumah Alang... Kami berkunjung ke Pandan Jaya pula iaitu rumah Ummi (Mak Long saya). Kira-kira jam 3 petang, kami ke Ampang Point untuk bermain boling. Pak Ngah teringin benar hendak bermain boling katanya.

Kami diberi lane tepi sekali. Mujur juga dapat yang tepi kerana saya dan Abang Furqan boleh bermain dengan lapang sekali. Pelbagai aksi menarik yang dapat dilihat. Pak Ngah yang hanya pernah bermain di Jepun suatu ketika dahulu sedikit kekok pada mulanya. Sudah lama ditinggalkan, cuma yang terbaru bermain sukaneka di kampung iaitu boling kelapa :) Lama-kelamaan Pak Ngah mendapat skilnya, begitu juga Abang Shahmi. Ujang tidak payah cakap sebabnya dengan bola yang dibawa sendiri meletakkan Ujang di tangga teratas dengan mata sebanyak 113, manakala ibu di tempat kedua sebanyak 104 mata. Abang Shahmi ketiga sebanyak 98 mata, Pak Ngah keempat sebanyak 95 dan terakhir gabungan Abang Hilmi dan Kak Shida sebanyak 39 mata.

Walaupun kami bermain sekadar suka-suka, tetapi yang penting semua orang berpuas hati.

Posted by:
Nisa

Kunjungan Famili dari Kedah

Posted by Nur Insyirah at 10:48 AM 4 comments
Pada 27 Mei yang lepas, Tok, Pak Ngah, Mak Ngah, Kak Long Atikah & Abang Shahmi datang berkunjung ke rumah saya. Pada mulanya kami diberitahu yang mereka akan datang ke K.L pada 28 hari bulan... tetapi rupa-rupanya awal satu hari. Pak Ngah kata mahu membuat kejutan tetapi Mak Long Atikah terlebih dahulu mengsms ibu memberitahu yang mereka sudah berada di Simpang Pulai pada 27hb itu. Hahaha kantoi....

Nasib baik kejutan tidak menjadi, kalau tidak... mesti Pak Ngah sampai lewat ke rumah kami. Mana tidaknya, Pak Ngah sudah terlupa jalan selepas keluar dari tol Sungai Buloh. Lama tidak datang K.L katanya. Mula-mula macam ingat... tetapi tiba-tiba sahaja keliru sebab malam. Asalnya mereka boleh sampai ke rumah kami dalam jam 9, tetapi disebabkan mereka sudah meronda-ronda bandaraya K.L ini, jam 10.30 malam baru mereka sampai.

Saya sudah tidur masa itu. Puas juga Pak Ngah, Mak Ngah, Tok, Kak Long Atikah & Abang Shahmi mengejutkan saya. Berkali-kali mereka memanggil nama saya. Akhirnya saya terjaga. Saya terus menangis kerana saya tidak berapa mengenali mereka ini. Esak-esak saya dibuatnya. Biasanya saya akan dapat menerima seseorang apabila orang itu tinggal lama dengan saya.

Keesokannya baru saya dapat bermain dengan Tok tanpa rasa takut lagi. Wah! meriah betul. Saya rasa seronok. Ibu bercuti selama dua hari iaitu pada 28 & 29hb. Abah kerja pagi itu. Selepas abah pulang, pada petangnya kami membawa Tok ke rumah Alang. Betapa meriahnya apabila saudara-mara berkumpul. Pada sebelah malamnya, Ujang & Famili dari Kampung Pandan pula datang berkunjung. Suasana bertambah meriah. Saya seronok kerana dapat bermain. Jam 11 malam, saya pulang ke rumah kerana abah masih bekerja pada esok hari.

Posted by:
Nisa

Saturday, May 16, 2009

"Guru Pembina Negara Bangsa"

Posted by Nur Insyirah at 12:00 PM 1 comments
16 Mei 2009... "Guru Pembina Negara Bangsa"

Selamat Hari Guru diucapkan kepada seluruh warga guru di Malaysia amnya, dan khasnya kepada abah yang tersayang.

Bermula 2002 menceburi dalam bidang perguruan, hingga kini 2009 masih menjadi guru, hampir 7 tahun abah menjadi pendidik. Semoga abah terus menaburkan bakti kepada anak bangsa dan tidak jemu-jemu berusaha dalam memandaikan anak bangsa termasuk saya apabila saya besar kelak. Sesungguhnya usaha murni seorang guru adalah harga dan harta yang tidak ternilai.

Anak bangsa perlu bangga apabila ada seorang insan yang mampu menjadi tenaga pengajar selain daripada kedua-dua ibu bapa yang juga pengajar semasa berada di rumah.

"Abah, kaulah guru hatiku... Ibu kaulah ratu hatiku...."

Posted by:
Nisa
 

Ini Satu Cerita... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal