Sunday, May 31, 2009

Kunjungan Famili dari Kedah

Posted by Nur Insyirah at 10:48 AM
Pada 27 Mei yang lepas, Tok, Pak Ngah, Mak Ngah, Kak Long Atikah & Abang Shahmi datang berkunjung ke rumah saya. Pada mulanya kami diberitahu yang mereka akan datang ke K.L pada 28 hari bulan... tetapi rupa-rupanya awal satu hari. Pak Ngah kata mahu membuat kejutan tetapi Mak Long Atikah terlebih dahulu mengsms ibu memberitahu yang mereka sudah berada di Simpang Pulai pada 27hb itu. Hahaha kantoi....

Nasib baik kejutan tidak menjadi, kalau tidak... mesti Pak Ngah sampai lewat ke rumah kami. Mana tidaknya, Pak Ngah sudah terlupa jalan selepas keluar dari tol Sungai Buloh. Lama tidak datang K.L katanya. Mula-mula macam ingat... tetapi tiba-tiba sahaja keliru sebab malam. Asalnya mereka boleh sampai ke rumah kami dalam jam 9, tetapi disebabkan mereka sudah meronda-ronda bandaraya K.L ini, jam 10.30 malam baru mereka sampai.

Saya sudah tidur masa itu. Puas juga Pak Ngah, Mak Ngah, Tok, Kak Long Atikah & Abang Shahmi mengejutkan saya. Berkali-kali mereka memanggil nama saya. Akhirnya saya terjaga. Saya terus menangis kerana saya tidak berapa mengenali mereka ini. Esak-esak saya dibuatnya. Biasanya saya akan dapat menerima seseorang apabila orang itu tinggal lama dengan saya.

Keesokannya baru saya dapat bermain dengan Tok tanpa rasa takut lagi. Wah! meriah betul. Saya rasa seronok. Ibu bercuti selama dua hari iaitu pada 28 & 29hb. Abah kerja pagi itu. Selepas abah pulang, pada petangnya kami membawa Tok ke rumah Alang. Betapa meriahnya apabila saudara-mara berkumpul. Pada sebelah malamnya, Ujang & Famili dari Kampung Pandan pula datang berkunjung. Suasana bertambah meriah. Saya seronok kerana dapat bermain. Jam 11 malam, saya pulang ke rumah kerana abah masih bekerja pada esok hari.

Posted by:
Nisa

4 comments on "Kunjungan Famili dari Kedah"

Feeza Wahab on June 1, 2009 at 1:17 PM said...

syeera, kite pun 'kurang mesra alam' laaa dgn org br..huhuhu

Unknown on June 4, 2009 at 9:24 PM said...

Safi ke yang dimaksudkan tu? Biasa la orang mcm kita ni tk pndai meramahkan diri lagi... besar nnt okey la tu kot :)

Feeza Wahab on June 12, 2009 at 12:34 PM said...

nangis tu yg xtahan tu..huhuhu

Feeza Wahab on June 12, 2009 at 12:35 PM said...
This comment has been removed by the author.
 

Ini Satu Cerita... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal