Friday, October 24, 2008

Rombongan Alang, Pak Lang & Boy Team...

Posted by Nur Insyirah at 1:54 PM 0 comments
"Mari adik-adik sayang... Abang Furqan hendak bercerita."

"Ey eh Syeera... abang saya dah panggil tu. Jom kita dengar apa tajuk yang nak diceritakan kepada kita."

"Alllaaaaa... best ke Abang Farhan? Macam tak faham je bahasa yang Abang Furqan gunakan. Bahasa kita hanya kita berdua je yang faham. Bahasa dia, Kak Nuha faham lah kot."

"Ye tak ye jugak kan. Kalau begitu kita sembang sesama kita je la. Syeera macam ada cerita je nak bagitahu saya."
"A ah, hari tu badan saya penuh ruam. Dari muka sampai la ke kaki ni."


"Ye ke? Kesian Syeera. Banyak-banyak bersabar lah ye. Hmm... tapi dah sembuh kan?"
"Alhamdulillah... saya dah baik sekarang. Dah boleh sambung berjalan raya dah pun."


"Dan dah boleh senyum juga. Cheessseeee...."

"Errr Abang Farhan... Abang Furqan tu tak habis bercerita lagi ke hehehe?"
"Tu la pasal. Dia tak sedar ke yang kita ni tak dengar cerita dia? Ey Eh, awak nak ke mana pula tu Syeera? Cerita awak dah abis ke?"


"Alamak, Syeera dah tinggalkan saya sorang-sorang. Hmm apa saya nak buat dengan benda ni ye?"

Posted by:
Nisa

Thursday, October 23, 2008

Selamat Hari Lahir Ibu...

Posted by Nur Insyirah at 8:41 AM 0 comments

Selamat hari lahir buat ibu tercinta. Semoga ibu sentiasa tabah, panjang umur, dimurahkan rezeki dan yang paling penting... ibu bahagia dan gembira di samping abah dan saya :)

Kek ini adalah hadiah saya buat ibu dan abah :)

Posted by:
Nisa

Tuesday, October 21, 2008

Beraya di Rumah Atuk dan Ibu Saudara

Posted by Nur Insyirah at 1:42 PM 0 comments
Ahad lepas (12 Oktober 2008), saya sekeluarga beraya di rumah Tok Ayah Ngah di Keramat. Seronok dapat bermain bersama Pak Su Ayie yang comel. Kami dijamu nasi dagang dan bihun sup. Sedap kata ibu. Sekian lama ibu tidak merasai nasi dagang, kali ini memang sedap tiada tandingan. Ramai juga tetamu yang datang pada hari itu.

Selesai makan tengah hari, kami bertolak ke Damansara Jaya pula, ke rumah Ibu dan Abah Saudara (Uncle Shahril & Auntie Yani). Saya sekeluarga pergi bersama famili Tok Su. Kami berkumpul di rumah Mak Cik Jihan & Pak Cik Khairul. Tok Su tunggu kami di situ. Uncle Khairul & Auntie Jihan tidak dapat ikut sebab ada tetamu di rumah mereka. Kami tiba dalam jam 4.00 petang. Wah bukan main seronok lagi tengok Tok Su makan. Satey ada, bihun goreng ada, Laksa ada, Nasi berlauk pun ada... seolah-olah macam-macam makanan ada pada masa itu.

Alhamdulillah, kami tiba di rumah jam 6.45 petang. Fuh! Seronoknya berjalan-jalan raya.

Posted by:
Nisa

Thursday, October 16, 2008

Selamat Hari Lahir Abah...

Posted by Nur Insyirah at 1:10 PM 0 comments
Selamat Hari Lahir buat abah tersayang. Semoga abah bahagia di samping ibu dan saya, panjang umur dan dimurahkan rezeki sekeluarga. Yang sedihnya, di hari yang bermakna ini saya demam... uhuk :(

Dengar kata abah ada something special malam ini... bestnyeeerrrr.... Ibu pula? Tidak ada suprise untuk abah? Abah mesti kotakan janji abah tau, walaupun saya demam.

Posted by:
Nisa

Monday, October 13, 2008

Beraya di K.L Pula

Posted by Nur Insyirah at 1:29 PM 0 comments

Bersama Kak Shida & Abang Hilmi

Pada 11 Oktober yang lalu, saya sekeluarga beraya di rumah ibu dan bapa saudara saya sebelah ibu. Bermula seawal 7 pagi kami keluar dari rumah menuju destinasi pertama iaitu di rumah Ummi (mak long). Manakala abah terpaksa melencong ke sekolah kerana ada merentas desa. Saya dan ibu berkampung di rumah Ummi sampai Maghrib. Abang Hilmi dan Kak Syida begitu setia bermain dengan saya.

Rombongan dari Jasin Melaka iaitu rakan kembar saya Nurul Arina Farhana & Nurul Hannan Farhana tiba jam 5.00 petang bersama ummi dan ayah mereka Auntie Azian dan Auncle Zairin. Itulah kali pertama saya, ibu dan abah melihat pasangan kembar ini selepas setahun umur mereka. Auntie Ijan dan Auntie Iman pun ada bersama-sama putera mereka iaitu Najmi Hakim dan Irfan Hakim. Auntie Nora pun ada... seronoknya!

Selepas Maghrib kami ke rumah Ujang & Mak Ujang di Kampung Pandan. Meriah sekali suasana di sana. Seronoknya ramai kawan.

Posted by:
Nisa

Monday, October 6, 2008

Gembira di Hari Raya

Posted by Nur Insyirah at 1:56 PM 0 comments
Pertama kali berbaju kurung (baju raya)

Bersama Pak Su Azfar


Beraya di rumah ayah kepada Tok Ayah

Suatu hari di hari raya
Kulihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang maha Esa
Memberi nikmat pada manusia...

Alhamdulillah, suasana beraya di Kelantan memang meriah. Cuaca pada hari raya pertama sungguh cerah. Raya pertama sahaja sudah terasa letih. Memang saya sekeluarga beraya sakan pada hari itu kerana menurut abah tahun ini tidak dapat beraya lama di kampung halaman kerana raya keempat kami mesti pulang semula ke kota.

Ini adalah aidilfitri pertama ibu di Kelantan. Kata ibu, sebelum ini ketupat pulut dicicah dengan samada rendang ataupun kari daging, tetapi kali ini agak berbeza sedikit iaitu ia dicicah dengan nisan atau dipanggil gula melaka. Itulah, lain tempat lain caranya. Selain itu, kebanyakan rumah yang dikunjungi, kami dijamu nasi berlauk. Patutlah orang Kelantan kuat berniaga, kerana mereka memiliki tenaga yang banyak.

Oleh kerana tidak puas memakan ketupat pulut, ibu import dari Bandar Baharu. Kali ini rendangnya ibu buat sendiri. Alhamdulillah, baru puas kata ibu.

Duit raya...? Duit raya saya semeriah suasana hari raya. Alhamdulillah, maklumlah setahun sekali, dan kebetulan saya pula masih kecil.

Posted by:
Nisa
 

Ini Satu Cerita... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal