Friday, September 26, 2008

Aidilfitri Pertama Saya

Posted by Nur Insyirah at 5:33 AM 0 comments
Di kesempatan ini, saya, ibu dan abah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua umat Islam di dunia ini.

Ini adalah aidilfitri pertama saya. Dan tahun ini juga adalah aidilfitri pertama bagi ibu dan abah menyambutnya bersama-sama saya. Tahun lepas umur saya empat bulan di dalam kandungan ibu.

Esok saya sekeluarga akan pulang ke kampung di Kelantan. Insya-Allah kami akan berangkat selepas sahur supaya kami boleh tiba awal dan mudah-mudahan pada masa itu cuaca tidak berapa panas.

Selamat Hari Raya semua!

Posted by:
Nisa

Monday, September 22, 2008

Alif Furqan vs Afif Farhan

Posted by Nur Insyirah at 10:10 PM 0 comments

Dua minggu lepas saya sekeluarga ke rumah Alang dan Pak Lang di Jalan Kuching untuk berbuka puasa di sana. Lama tidak jumpa Abg Furqan dan Abg Farhan. Abg Furqan nampak semakin surut sebab selalu demam dan adiknya pula semakin tembam... eeee geramnya tengok pipi Farhan.

Wah wah, bukan main mesra lagi Abg Furqan dengan ibu. Jelesnya Abg Furqan ada teddy bear yang the very soft tu... bestnyeeeerrr. Teddy bear itu hadiah dari Alang kepada Abg Furqan semasa dia masuk hospital di Parit Buntar selama seminggu kerana demam panas. Kasihan Abg Furqan. Abg Farhan pula baru 2 bulan masa itu. Tok yang menjaga Abg Furqan di hospital. Sedihnyaaa uhuk.... Saya sekeluarga pula sudah pulang ke K.L kerana ibu sudah habis berpantang.

Posted by:
Nisa

Sunday, September 21, 2008

Demam...

Posted by Nur Insyirah at 9:10 PM 0 comments
Kami sekeluarga tiba di rumah selepas program Cakcibo bersama anak-anak hiv pada jam 9.30 malam. Ibu dapat merasakan yang badan saya sedikit panas semasa di dalam kereta lagi. Ibu dan abah mula risau. Mungkin disebabkan itu saya asyik merenget sahaja petang itu. Susu yang dibancuh ibu juga tidak habis diminum. Saya seperti tiada selera hendak makan dan minum.

Tiba di rumah, suhu badan saya semakin panas. Tetapi, ibu dan abah berjaya memujuk saya hingga saya terlena. Oleh kerana keletihan yang amat sangat, kami bertiga terlepas waktu sahur. Biasanya ibu bangun dahulu, kemudian saya dan abah sudah semestinya menjadi orang ketiga. Tetapi pagi tadi akibat kurang rehat, ibu dan abah berpuasa tanpa bangun sahur.

Badan saya semakin panas dan saya rasa tidak selesa. Hingus mula meleleh diikuti batuk-batuk. Ibu dan abah membawa saya ke klinik Seri Indah jam 9.00 pagi. Selepas diperiksa doktor, suhu badan saya mencecah 37.9 darjah celcius. Memang panas kata doktor. Namun, doktor kata dia hanya beri ubat demam, selesema dan batuk dahulu. Tidak perlu antibiotik. Selepas dua hari sekiranya demam saya berlanjutan, saya dinasihatkan merujuk kembali ke klinik berkenaan.

Ibu dan abah memujuk saya supaya breakfast biskut rusk. Alhamdulillah saya dapat juga menjamah sesudu dua sahaja. Saya memang tidak pandai makan ubat, tidak seperti Kak Muna dan Abang Arif, mereka memang suka makan ubat. Kadang-kadang tidak sakit pun mereka boleh makan ubat. Hebat betul mereka itu. Mengapa saya tidak begitu ya? Hmmm.... Saya perlu menelan tiga jenis ubat. Hendak telan satu jenis pun sudah meraung. Akhir sekali saya dipaksa juga menelan ketiga-tiga ubat itu. Sambil diselang-selikan dengan air masak. Sekejap sahaja menangis, selepas itu saya okey saja :)

Saya hanya tidur sahaja hari ini. Mungkin penat sebab kurang selera makan. Mungkin juga mengantuk disebabkan minum ubat batuk. Kedua-duanya betul. Saya hanya makan nasi sekali sahaja. Susu pula berkali-kali ibu bancuh, tetapi sedikit sahaja yang saya minum. Dalam pukul 5.30 petang, ibu memberi saya makan ubat sekali lagi.

Saya tidur awal malam ini. Saya penat sekali. Tetapi, alhamdulillah badan saya sudah beransur sejuk. Mudah-mudahan demam saya hilang menjelang esok, insya-Allah.

## walaupun saya demam, saya masih lagi boleh tersenyum melihat kamera##

Posted by:
Nisa

Saya & Program Cakcibo Bersama Anak2 HIV

Posted by Nur Insyirah at 8:38 PM 0 comments




Ustaz Wanzu.

Bersama auntie rashiela nurain. Akhirnya, dapat juga saya berjumpa dengannya.

Abg Izuddin mendukung saya yang menangis ketika itu.

Akhirnya, saya keletihan....

Begitu meriah bersama-sama kanak-kanak rupanya. Memang benarlah jika dikatakan zaman kanak-kanak adalah zaman paling ceria, penuh warna warni dan seronok. Tetapi saya adalah kanak-kanak yang tidak berapa seronok pada hari itu. Saya seperti tiada mood. Saya pun tidak pasti mengapa jadi begitu. Pelik juga. Bukankah saya begitu seronok apabila berada di luar dari rumah. Petang-petang abah dukung saya di luar rumah, tidak pula saya rasa tidak selesa. Hmmm....

Posted by:
Nisa

Sudah Pandai Mop Lantai

Posted by Nur Insyirah at 8:18 PM 0 comments

Alhamdulillah, saya sudah pandai menjulur kata orang utara. Bahasa suratnya apa ya? Hmmm.... bila sudah pandai, saya mula mengutip apa-apa yang berkenan di hati. Kadang-kadang saya juga boleh mencuci lantai. Sampai tidak menang ibu dan abah menghalang saya. Pendek kata, segala gerak geri saya perlu sentiasa diperhatikan. Jika tidak... ntah apa yang masuk ke dalam mulut saya.

Posted by:
Nisa

Sunday, September 7, 2008

12 Rabiul Awal 1429

Posted by Nur Insyirah at 2:40 PM 0 comments
Inilah kambing korban majlis akikah saya.
Wan yang membawa saya mengelilingi tetamu
marhaban yang hadir.

Inilah rupa saya selepas dibotakkan....

Imbas kembali saat saya dibotakkan kepala. Beruntung saya kerana hari akikah saya dibuat pada hari kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad iaitu pada 12 Rabiul Awal bersamaan hari Khamis. Pada mulanya tok dan wan berhajat mengadakan majlis akikah pada hari ketujuh selepas saya dilahirkan. Tetapi, memandangkan saya ditahan di wad selama empat hari dan hari kelima saya masih lagi menjalani rawatan joundis dan hari keenam baru balik kampung di Kedah, jadi hajat itu dibatalkan sahaja kerana tidak mahu dibuat dalam keadaan kelam-kabut.

Jenuh juga abah dan wan mencari kambing yang betul-betul cukup sifatnya. Mula-mula kambing Pak Cik Mazlan, tetapi kambingnya masih kecil, tidak cukup umur. Akhirnya, abah dan wan terjumpa seorang tauke kambing di Permatang Kerat Telunjuk. Sehari sebelum majlis kenduri akikah, kambing diikat di bangsar kereta (seperti gambar di atas).

Pada hari majlis iaitu pada 20 Mac 2008, majlis dimulakan dengan alunan marhaban oleh orang-orang masjid, kemudian saya dibawa mengelilingi tetamu yang sedang marhaban sambil seorang demi seorang mencukur rambut saya. Pada mulanya ibu risau jika saya menangis tetapi alhamdulillah saya tidur pada waktu itu. Dan pada hari bersejarah itu juga tali pusat saya tanggal.

Posted by:
Nisa

Saturday, September 6, 2008

Nestum dan Biskut Rusk

Posted by Nur Insyirah at 12:00 PM 0 comments

Sejak umur saya 5 bulan lebih, ibu dan abah beri saya makan nestum berperisa sayuran. Sedap juga. Abah mula beli nestum apabila melihat saya asyik tidak habis minum susu. Mungkin saya mahu makan benda lain pula fikirnya. Memang betul jangkaan abah, saya sangat suka makan nestum. Seminggu selepas itu pula abah belikan biskut rusk. Pun sedap juga. Sampai licin saya makan. Patut lah saya sudah kurang minum susu.

Hari ini ibu kata dia mahu buatkan nasi lenyek untuk saya. Pesan nenek, saya sudah boleh makan nasi lenyek semasa umur 5 bulan. Sebab itu ibu mahu cuba sediakan untuk saya. Ibu letak carrot dan sedikit sayur kailan. Sebab itu saja sayur yang ada dalam peti ais. Ibu kata dia tidak mahu lenyek pakai sudu sebab leceh dan lambat, blender lagi cepat hehehe. Tidak pasti sama ada saya boleh terima ataupun tidak. Sekarang belum boleh makan lagi sebab baru mendidih atas dapur. Petang nanti baru saya boleh makan. Eeee tidak sabar rasanya....

Posted by:
Nisa

Tuesday, September 2, 2008

Tolong... Saya Kena Buli

Posted by Nur Insyirah at 1:17 PM 0 comments

Situasi ini berlaku sehari sebelum umat Islam berpuasa. Kenapa berlaku sebelum puasa? Kerana dalam bulan puasa semua orang hendak membuat kebaikan, dan hendak tinggalkan perbuatan yang tidak elok. Patutlah saya dibuli pada hari-hari terakhir sebelum menyambut Ramadan. Sedih betul saya uhuk uhuk....

Macam-macam benda yang dilakukan ke atas saya, tetapi disebabkan kudrat saya yang terhad, saya hanya mampu menerima 100%, tidak boleh menolak langsung uhuk uhuk.... tapi, sempat juga saya tersenyum.

Ribba ribba anggre anggre... yo yo yo rapers... hmm macam-macam keluar dari mulut ibu. Abah pula bersedia dengan kamera di tangan sambil menggayakan seperti seorang photographer yang sedang mengambil gambar seorang model.

Waaaa tolongggg saya dibuli....


Posted by:
Nisa

Monday, September 1, 2008

Salam Ramadan 1429

Posted by Nur Insyirah at 11:27 AM 1 comments
"Syeera... bangun sayang. Kita sahur sama." Tiada jawapan.
"Biarkanlah dia tidur. Karang lapar, nangislah dia," kata abah.

Itulah antara dialog ibu dan abah sambil ketawa melihat saya tidur. Mereka sengaja membuat dialog itu. Padahal mereka tahu saya tidak boleh berpuasa. Sengaja menghidupkan suasana kata mereka.

1 Ramadan 1429, adalah tahun kedua ibu dan abah berpuasa bersama. Tahun lepas saya masih berada dalam perut ibu yang mengandungkan saya 4 bulan. Tahun ini bertiga. Begitu cepat masa berlalu. Hmm... apakah erti puasa buat saya ya? Saya pasti mendapatkan jawapan apabila saya boleh berfikir kelak.

Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di dunia. Semoga puasa tahun ini lebih baik daripada puasa pada tahun-tahun yang lepas.

Posted by:
Nisa
 

Ini Satu Cerita... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal