Sunday, September 7, 2008

12 Rabiul Awal 1429

Posted by Nur Insyirah at 2:40 PM
Inilah kambing korban majlis akikah saya.
Wan yang membawa saya mengelilingi tetamu
marhaban yang hadir.

Inilah rupa saya selepas dibotakkan....

Imbas kembali saat saya dibotakkan kepala. Beruntung saya kerana hari akikah saya dibuat pada hari kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad iaitu pada 12 Rabiul Awal bersamaan hari Khamis. Pada mulanya tok dan wan berhajat mengadakan majlis akikah pada hari ketujuh selepas saya dilahirkan. Tetapi, memandangkan saya ditahan di wad selama empat hari dan hari kelima saya masih lagi menjalani rawatan joundis dan hari keenam baru balik kampung di Kedah, jadi hajat itu dibatalkan sahaja kerana tidak mahu dibuat dalam keadaan kelam-kabut.

Jenuh juga abah dan wan mencari kambing yang betul-betul cukup sifatnya. Mula-mula kambing Pak Cik Mazlan, tetapi kambingnya masih kecil, tidak cukup umur. Akhirnya, abah dan wan terjumpa seorang tauke kambing di Permatang Kerat Telunjuk. Sehari sebelum majlis kenduri akikah, kambing diikat di bangsar kereta (seperti gambar di atas).

Pada hari majlis iaitu pada 20 Mac 2008, majlis dimulakan dengan alunan marhaban oleh orang-orang masjid, kemudian saya dibawa mengelilingi tetamu yang sedang marhaban sambil seorang demi seorang mencukur rambut saya. Pada mulanya ibu risau jika saya menangis tetapi alhamdulillah saya tidur pada waktu itu. Dan pada hari bersejarah itu juga tali pusat saya tanggal.

Posted by:
Nisa

0 comments on "12 Rabiul Awal 1429"

 

Ini Satu Cerita... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal