Monday, October 6, 2008

Gembira di Hari Raya

Posted by Nur Insyirah at 1:56 PM
Pertama kali berbaju kurung (baju raya)

Bersama Pak Su Azfar


Beraya di rumah ayah kepada Tok Ayah

Suatu hari di hari raya
Kulihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang maha Esa
Memberi nikmat pada manusia...

Alhamdulillah, suasana beraya di Kelantan memang meriah. Cuaca pada hari raya pertama sungguh cerah. Raya pertama sahaja sudah terasa letih. Memang saya sekeluarga beraya sakan pada hari itu kerana menurut abah tahun ini tidak dapat beraya lama di kampung halaman kerana raya keempat kami mesti pulang semula ke kota.

Ini adalah aidilfitri pertama ibu di Kelantan. Kata ibu, sebelum ini ketupat pulut dicicah dengan samada rendang ataupun kari daging, tetapi kali ini agak berbeza sedikit iaitu ia dicicah dengan nisan atau dipanggil gula melaka. Itulah, lain tempat lain caranya. Selain itu, kebanyakan rumah yang dikunjungi, kami dijamu nasi berlauk. Patutlah orang Kelantan kuat berniaga, kerana mereka memiliki tenaga yang banyak.

Oleh kerana tidak puas memakan ketupat pulut, ibu import dari Bandar Baharu. Kali ini rendangnya ibu buat sendiri. Alhamdulillah, baru puas kata ibu.

Duit raya...? Duit raya saya semeriah suasana hari raya. Alhamdulillah, maklumlah setahun sekali, dan kebetulan saya pula masih kecil.

Posted by:
Nisa

0 comments on "Gembira di Hari Raya"

 

Ini Satu Cerita... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal