Sunday, August 31, 2008

51 Tahun Malaysia!

Posted by Nur Insyirah at 11:01 PM 0 comments
Tanggal 31 bulan Ogos 1957, Malaysia menyambut kemerdekaan pertama. Dengan tema 'Perpaduan Teras Kejayaan', Alhamdulillah... pada 31 Ogos 2008, dengan izin Allah, Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke-51. Syukur kepada Allah kerana Dia mengizinkan negara kita kekal aman dan sentosa sehingga ke hari ini. Segala puji-pujian bagi Allah kerana dengan izinnya juga Malaysia sudah merdeka selama 51 tahun.

Apakah erti kemerdekaan buat saya ya? Hmm... saya akan fikirkan apabila saya besar nanti.

Upss lupa pula saya. Hari ini juga adalah hari kelahiran Kakak Muna yang ke-5 tahun. Hepi Besday Kak Muna! Tentu Kak Muna dapat tengok bunga api malam tadi. Biasanya itulah yang dilakukan oleh Ujang dan Mak Ujang. Sanggup menunggu hingga detik 12.00 malam membawa sepupu-sepupu saya menyaksikan percikan bunga api di Kampung Pandan. Tidak perlu pergi KLCC. Dari jauh pun boleh lihat kata mereka.

Posted by:
Nisa

Thursday, August 28, 2008

Saya dan Botol Susu.... (Episod 2)

Posted by Nur Insyirah at 10:59 PM 0 comments
Setiap kali saya menghisap botol susu, secara automatiknya kedua-dua tangan saya mesti terangkat. Seolah-olah sambil minum saya memerhatikan tangan saya. Kadang-kadang seperti saya sedang mengira jari tangan saya. Kata ibu sedara saya, saya sedang mengira jumlah duit agaknya.... Ibu pula berpendapat saya sedang mengira apa-apa sahaja, kemungkinan mahu mengikut jejak abah yang hari-hari berhadapan dengan angka. Hmm, macam-macam...

Kata ibu, saya sudah kurang minum susu. Biasanya 3oz dapat saya habiskan dengan sekali minum sahaja. Tetapi sekarang beberapa kali minum baru habis. Mungkin saya hendak mencuba sesuatu yang baru agaknya. Makanan lain selain susu. Semasa berkunjung ke rumah ibu sedara di Kg Bendahara Selayang, ibu sedara sepupu saya menyuap saya coklat. Wah! begitu asyik sekali saya menikmati kelazatan coklat itu. Ada juga yang menyuap kueh yang lembut pada saya. Ibu tergamam melihat saya.

Posted by:
Nisa

Tuesday, August 26, 2008

Saya dan Walker

Posted by Nur Insyirah at 11:14 PM 0 comments
Melihat ibu tidak sempat memerhatikan saya yang terbaring di atas tilam semasa dia berada di dapur, dan semasa abah tiada di rumah, abah mengambil keputusan membeli dan meletakkan saya dalam walker. Ini bagi keselamatan saya juga. Sekarang saya sudah pandai bergolek-golek di atas tilam, dan kadang-kadang terdengar ibu menjerit memanggil nama saya. Rupa-rupanya saya sudah berada jauh dari tilam saya hehehe. Jadi, apabila saya duduk atas walker, ibu tidak risau sangat. Tambahan pula saya sudah boleh mencapai apa-apa sahaja objek yang menarik minat saya, dan memasukkan objek itu ke dalam mulut saya.

Tetapi ibu tidak benarkan saya duduk lama dalam walker kerana katanya pinggang saya masih lembut.

Posted by:
Nisa

Monday, August 25, 2008

Saya dan Botol Susu.... (Episod 1)

Posted by Nur Insyirah at 9:03 PM 0 comments
Saya pernah tidak menyukai minum botol susu suatu ketika dahulu. Ketika itu umur saya 2 bulan. Asal letak saja puting botol di mulut, saya mesti menangis. Macam kena paksa. Siang malam abah bagai pening kepala memikirkan sama ada masalah susu ataupun puting botol. Bermacam-macam jenis puting abah beli, tapi semuanya tidak sesuai dengan cita rasa saya. Selepas itu, abah cuba beli susu pula. Mula-mula Snow kemudian Infacare. Masih lagi tidak sama dengan cita rasa saya. Susu perahan pun saya tidak boleh terima dan ini bermakna saya memang tidak boleh menerima botol susu, bukannya susu. Akhir sekali abah nekad mahu menukar kepada botol susu AVENT. Menurut jiran, anak kawan dia juga mengalami masalah yang sama, tetapi apabila bertukar kepada botol susu AVENT, anaknya terus menyukainya. Jadi, abah mahu mencuba di samping pelbagai doa mengiringi supaya saya boleh menerima susu botol.

Malangnya, saya tetap tidak mahu juga. Maaf abah, masa itu saya tidak suka hisap botol susu. Saya dengar cakap doktor dan tetap dengan pendirian saya iaitu hanya menerima susu ibu. Doktor kata susu ibu adalah susu paling bagus jika dibandingkan dengan susu lain. Pening ibu dan abah memikirkan cara bagaimana hendak meninggalkan saya pada pengasuh apabila ibu memulakan kerja nanti. Mereka kasihan pada saya kerana saya mesti lapar, kasihan juga pada pengasuh kerana terpaksa bergelut mengajar saya minum botol. Ibu dan abah di pejabat memang tidak boleh duduk diam kerana asyik teringatkan saya. Mereka hanya bertawakal kepada Allah. Menurut pengasuh saya Mama Ina, saya paksakan diri untuk tidak minum botol, hinggakan puas dipaksanya. Kadang-kadang, saya minum juga tetapi dengan kadar yang sedikit.

Hendak dijadikan cerita macamana saya dapat hisap botol susu.... Masa itu kami balik kampung abah. Abah dan ibu bawa saya jalan-jalan ke rumah tok long (mak sedara abah). Apabila tok long tahu saya tidak suka hisap botol, dia terus mendukung saya dan memasukkan puting AVENT ke dalam mulut saya, tiba-tiba sahaja saya rasa syok apabila hisap puting itu. Sampai orang hendak ambik puting pun saya tidak bagi. Kemudian, abah terus bagi saya botol susu. Menakjubkan! Akhirnya, saya dapat juga menerima botol susu. Sekarang, saya boleh tersenyum sambil meminum susu.

Posted by:
Shaipul

Tuesday, August 19, 2008

Berakhirnya Suatu Penantian....

Posted by Nur Insyirah at 1:54 PM 0 comments
Saya dan abah sudah mengambil tempat di hadapan sekali. Kami tidak mahu terlepas peluang melihat aksi jaguh dunia berentap di gelanggang. Seorang pemain pertama dunia dan seorang lagi pemain kedua dunia. Walaupun kami hanya menonton tv di rumah.

Perlawanan bermula dengan aksi Lin Dan yang begitu bersemangat di hadapan penontonnya. Begitu jauh beliau meninggalkan Chong Wei yang pada masa itu diserang bertubi-tubi oleh pihak lawan. Sedang leka menonton, saya terlupa kepada peminat nombor satu di dalam rumah saya iaitu ibu. Saya lihat ke kanan tiada, lihat ke kiri pun tiada. Ke mana ibu pergi ya? Oh, rupa-rupanya ibu di dapur. Ibu sedang menyiapkan makanan untuk makan malam. Agak lewat malam itu kerana kami baru pulang dari rumah sepupu abah iaitu Mummy Jihan dan Daddy Khairul.

Ibu seperti tidak sanggup melihat aksi kedua-dua jaguh dunia itu berentap. Kata ibu, dia tidak mengharapkan kemenangan, tetapi sekiranya Chong Wei menang, itu adalah satu keajaiban. Lin Dan pernah memenangi 9 perlawanan manakala Chong Wei hanya memenangi 4 perlawanan ketika mereka berdua bertemu. Jadi, tidak hairanlah sekiranya Lin Dan merangkul emas dalam acara itu.

Memang betul kata ibu. Chong Wei seolah-olah hilang rentak apabila Lin Dan tidak henti-henti menyerang. Tidak sia-sia beliau meraih pingat emas pada malam itu di hadapan berjuta-juta peminatnya sama ada di stadium, rumah dan di mana sahaja. Tahniah kepada Chong Wei kerana berjaya sampai ke tahap ini dan mencipta pingat pertama buat Malaysia. Tahiah juga kepada Lin Dan, di samping mendapat emas, beliau berjaya mengukuhkan tahta sebagai pemain badminton nombor satu dunia.

Posted by:
Nisa

Friday, August 15, 2008

Hadiah Ini untuk Saya?

Posted by Nur Insyirah at 1:35 PM 1 comments



Pada 13 Ogos 2008, seperti yang dinanti-nantikan, akhirnya sampai juga bungkusan kiriman Mama Majidah. Menurut ibu saya, Mama Jid beriya-iya hendak membelikan sesuatu untuk saya. Hinggakan semasa saya sekeluarga hendak ke kenduri Uncle Faizi di Palong 3 Negeri Sembilan, Mama Jid menelefon ibu dan meminta ibu mengukur panjang kaki saya. Sedangkan kami berada di dalam kereta pada ketika itu. Bagaimana hendak mengukur, pembaris pula tiada. Ibu saya menggunakan jarinya dan saya hairan apalah yang ibu saya lakukan pada kaki saya pada masa itu. Geli saya dibuatnya. Hari ini baru saya tahu, rupa-rupanya Mama Jid menghadiahkan saya kasut, hair ban dan dua helai baju. Saya begitu teruja sekali.

Ibu saya beriya benar mengambil gambar saya dan hadiah yang Mama Jid beri. Katanya, itu permintaan Mama Jid kerana dia mahu melihat saya bergambar dengan hadiah yang diberi.

Terima kasih Mama Jid.

Posted by:
Nisa

Wednesday, August 13, 2008

Ragam Ibu Saya

Posted by Nur Insyirah at 8:41 AM 0 comments
Ibu saya mengharapkan malam tadi ditayangkan perlawanan perseorangan dan beregu lelaki negara pada jam 7.05 waktu Malaysia. Tetapi hampa. Ibu kata dia tidak sabar hendak menyaksikan jaguh itu berentap. Dia mengharapkan jaguh ini dapat memberi sebarang pingat buat Malaysia. Walaupun tidak dapat menyaksikan perlawanan yang ditunggu-tunggu, mendengar keputusan jaguh negara itu layak ke suku akhir adalah perkara yang menggembirakan bagi ibu saya.

Posted by:
Nisa

Tuesday, August 12, 2008

Menangis Kena Cucuk

Posted by Nur Insyirah at 1:26 PM 0 comments
Hari ini (12 Ogos 2008), saya ke klinik untuk inject lima bulan. Alhamdulillah, berat saya sudah 5.7 kilo. Seperti biasa selepas diinject, saya mesti menangis. Tapi saya tidak malu kerana semua bayi yang kena inject di klinik itu semuanya menangis. Selepas ini saya hanya ke klinik bagi menimbang berat badan sahaja. Apabila setahun baru saya diinject semula. Fuh! Lega, lambat lagi. Harap-harap saya tidak demam malam ini. Biasanya, selepas injection saya mesti demam, tapi tidak lama. Sehari sahaja, alhamdulillah. Misi kata bulan hadapan saya boleh mula makan makanan yang lembut selain susu.

Posted by:
Nisa

Sunday, August 10, 2008

Perkahwinan Bos Ibu

Posted by Nur Insyirah at 11:48 PM 0 comments
Hari ini, bos kepada ibu saya iaitu En Arief Hakim Sani menamatkan zaman bujang beliau apabila memilih Puan Hafizah Hanim sebagai suri di hatinya. Menurut ibu saya, bosnya bernikah pada 08.08.08 iaitu pada hari Jumaat. Jadi, pada 10.8 adalah kenduri sebelah pengantin lelaki yang diadakan di Dewan Danau Kota. Ibu dan abah membawa saya bersama ke majlis yang penuh gemilang itu. Kami tiba lewat iaitu pada jam 3.45 petang kerana ada tetamu datang berkunjung ke rumah. Nasib baik ada yang belum pulang.

Pada mulanya saya
bad mood kerana saya terlalu mengantuk. Sebab itu apabila teman-teman sekerja ibu mendukung saya, saya mula menangis. Tetapi tiba-tiba sahaja rasa mengantuk saya hilang apabila saya berjumpa dengan Kak Dhia yang kiut itu. Dia senyum melihat saya, dan begitu juga saya. Seronoknya ada kawan. Ibu dan abah juga gembira bertemu dengan Mama Diela, Untie Aida dan Uncle Ramji. Mereka pernah berkawan rapat suatu ketika dahulu.

Kasihan Mama Shiela ataupun nama sebenarnya adalah Rashiela Nurain (sedap nama itu, tidak pasti betul ataupun salah ejaannya), dia ingin sangat berjumpa dengan saya sejak company ibu menganjurkan pertandingan boling lagi dia asyik bertanyakan mengenai saya. Dia memang suka budak-budak walaupun dia masih bujang. Malangnya kami tiada rezeki. Tidak mengapa Mama Shiela, kita pasti akan berjumpa suatu hari nanti.

Posted by:
Nisa

Anak Rakan Ibu

Posted by Nur Insyirah at 10:59 PM 2 comments
Pada 7.8.2008 seorang bayi lelaki comel lahir ke dunia ini. Dia adalah anak kepada Puan Rafiza iaitu rakan sepejabat ibu. Namanya Muhammad Umar Afif (daripada segi ejaan, tidak pasti betul ataupun salah). Dia sebaya dengan saya, cuma muda bulan sahaja iaitu lima bulan. Insya-Allah pada penghujung tahun ini dijangka akan ada lagi seorang bayi iaitu anak kepada Puan Norhafeezah. Saya kira, pada tahun ini sahaja company tempat ibu bekerja melahirkan empat orang bayi, termasuk saya.

Posted by:
Nisa

Badminton ataupun Bola Tampar?

Posted by Nur Insyirah at 10:36 PM 0 comments
Sukan Olimpik Beijing 2008 sudah bermula. Kehangatan terasa apabila ibu dan abah turut tidak terlepas menyaksikan sukan yang mereka minati. Ibu meminati badminton dan masih menanti sukan itu muncul di kaca tv, manakala abah pula tidak terlepas menonton bola tampar yang sejak hari pertama sudah ditayangkan. Ibu bertanya kepada saya, apabila besar nanti adakah saya akan memilih badminton ataupun bola tampar? Terkebil-kebil mata saya memerhatikan gelagat ibu. Hanya senyuman yang mampu saya berikan sebagai jawapan kepada ibu.

Saya rasa China akan membuktikan kegemilangan meraih pingat emas paling banyak. Tetapi USA juga perlu digeruni kerana mereka memiliki wira-wira antarabangsa. Tidak hairan sekiranya USA menjulang pingat emas paling banyak kerana mereka layak untuk itu. Walau apa-apa pun saya akan menyokong China. Tetapi dalam sukan badminton, saya mesti sokong Malaysia. Hmmm, nampak gayanya saya seperti meminati badminton sahaja berbanding bola tampar. Mungkin wira Malaysia ada dalam pasukan badminton, sedangkan bola tampar hanya diwakili oleh negara-negara lain sahaja.

Agaknya sukan manakah yang saya akan sertai kelak ya?

Posted by:
Nisa

Saturday, August 9, 2008

Sudah Pandai Meniarap

Posted by Nur Insyirah at 11:47 PM 0 comments
Umur saya sekarang lima bulan. Saya sudah pandai meniarap sejak empat bulan lebih. Asal saya baring atas tilam sahaja mesti saya hendak meniarap. Bahkan menurut ibu saya, dalam tidur pun saya akan meniarap sambil mata terpejam. Agaknya apabila saya pandai melakukan sesuatu sahaja, perkara itu mesti terbawa-bawa dalam tidur saya. Hmmm.... mungkin juga.

Seperkara lagi, saya suka senyum. Apabila melihat orang sahaja saya mesti senyum pada orang itu. Saya pun tidak mengerti mengapa terjadi sebegitu. Tetapi itu adalah hakikat kebanyakan orang yang saya jumpa mesti berkata saya ini suka senyum. Kemungkinan semasa saya masih dalam perut, ibu saya pun suka tersenyum.

Untung juga saya suka senyum, tidaklah saya dikata sombong. Insya-Allah, saya akan kekalkan cara saya ini hingga saya besar. Itu pun kalau saya ingat hehehe. Kata orang, senyum itu sedekah.

Posted by:
Nisa

Inikah Dunia?

Posted by Nur Insyirah at 10:32 AM 0 comments

10 Mac 2008 bersamaan 2 Rabiul Awal 1429.
Di Hospital Selayang
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana akhirnya saya diizinkan melihat dunia yang indah ini. Menurut kiraan sebenar doktor, tarikh jangkaan saya akan lahir ke dunia ini adalah pada 3.3.2008. Sekiranya saya lahir pada tarikh itu, bermakna hari kelahiran saya sama dengan tok saya iaitu Puan Fatimah, ibu kepada ibu saya Puan Nisa. Namun, yang lebih berkuasa adalah Tuhan yang maha pencipta, doktor hanya menjangkakan tetapi Allah lebih berkuasa menentukan segala-galanya. Asalkan ibu dan saya selamat, itu sudah memadai. Dan kurniaan itu adalah satu nikmat yang tidak terhingga.

Kasihan abah dan tok kerana terpaksa berjaga malam sambil menanti kelahiran saya. Abah tertidur di atas kerusi, sambil bergilir-gilir dengan tok untuk masuk ke bilik bersalin. Manakala tok pula tidur di dalam surau di hospital. Tepat jam 7.20 pagi Isnin saya keluar dari perut ibu saya. Berat saya pada masa itu adalah 2.75. Selepas selesai semuanya, saya dan ibu dipindahkan ke wad 5c. Pada hari kedua iaitu hari sepatutnya saya dan ibu keluar dari hospital, saya ditahan lagi dua hari kerana saya disahkan joundis. Ibu saya juga ditahan. Setiap hari abah, tok dan mak tok datang melawat saya dan ibu.

Riuh-rendah kedengaran suara rakan-rakan ibu dan abah datang melawat saya dan ibu. Malangnya, saya tidak berpakaian ketika itu kerana saya dijemur di bawah lampu. Malunya saya.... Eh, kenapa pula hendak malu? Bukankah pada masa itu mata saya ditutup, jadi tidak ada alasanlah untuk saya berasa malu hehehe.

14 Mac 2008
Seperti yang dijangka, hari keempat iaitu hari Khamis saya dan ibu dibenarkan keluar dari hospital. Seronoknya dapat balik rumah di samping dapat melihat suasana luar. Terima kasih yang tidak terhingga kepada abah, tok, mak tok, wan, alang, pak lang, abg furqan, cik uni, kakak atiqah, nenek, mama win dan dua heronya, mama jiela, mama wani dan mama ikah kerana menjadi insan pertama yang datang menziarah di wad.

Tidak lupa juga kepada bos ibu, En Fauzul Naim dan isteri beliau Puan Nurulhilyati, mama Adilah dan suaminya papa Norman serta Kak Dhia yang kiut. Juga kepada rombongan pts pertama iaitu mama Firdaus, mama Rafiza, mama Zaza, mama Leeya dan mama Asyikin. Rombongan kedua pts iaitu auntie Norhazizam, mama Majidah, mama Asma, mama Ann dan mama Nor Hafizah. Rombongan ketiga iaitu mama Faraliza dan mama Norizah.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan abah yang sudi datang menziarah saya dan ibu.

Posted by:
Nisa
 

Ini Satu Cerita... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal