.jpg)
Malangnya, saya tetap tidak mahu juga. Maaf abah, masa itu saya tidak suka hisap botol susu. Saya dengar cakap doktor dan tetap dengan pendirian saya iaitu hanya menerima susu ibu. Doktor kata susu ibu adalah susu paling bagus jika dibandingkan dengan susu lain. Pening ibu dan abah memikirkan cara bagaimana hendak meninggalkan saya pada pengasuh apabila ibu memulakan kerja nanti. Mereka kasihan pada saya kerana saya mesti lapar, kasihan juga pada pengasuh kerana terpaksa bergelut mengajar saya minum botol. Ibu dan abah di pejabat memang tidak boleh duduk diam kerana asyik teringatkan saya. Mereka hanya bertawakal kepada Allah. Menurut pengasuh saya Mama Ina, saya paksakan diri untuk tidak minum botol, hinggakan puas dipaksanya. Kadang-kadang, saya minum juga tetapi dengan kadar yang sedikit.
Hendak dijadikan cerita macamana saya dapat hisap botol susu.... Masa itu kami balik kampung abah. Abah dan ibu bawa saya jalan-jalan ke rumah tok long (mak sedara abah). Apabila tok long tahu saya tidak suka hisap botol, dia terus mendukung saya dan memasukkan puting AVENT ke dalam mulut saya, tiba-tiba sahaja saya rasa syok apabila hisap puting itu. Sampai orang hendak ambik puting pun saya tidak bagi. Kemudian, abah terus bagi saya botol susu. Menakjubkan! Akhirnya, saya dapat juga menerima botol susu. Sekarang, saya boleh tersenyum sambil meminum susu.
Posted by:
Shaipul
0 comments on "Saya dan Botol Susu.... (Episod 1)"
Post a Comment