Pada mulanya saya bad mood kerana saya terlalu mengantuk. Sebab itu apabila teman-teman sekerja ibu mendukung saya, saya mula menangis. Tetapi tiba-tiba sahaja rasa mengantuk saya hilang apabila saya berjumpa dengan Kak Dhia yang kiut itu. Dia senyum melihat saya, dan begitu juga saya. Seronoknya ada kawan. Ibu dan abah juga gembira bertemu dengan Mama Diela, Untie Aida dan Uncle Ramji. Mereka pernah berkawan rapat suatu ketika dahulu.
Kasihan Mama Shiela ataupun nama sebenarnya adalah Rashiela Nurain (sedap nama itu, tidak pasti betul ataupun salah ejaannya), dia ingin sangat berjumpa dengan saya sejak company ibu menganjurkan pertandingan boling lagi dia asyik bertanyakan mengenai saya. Dia memang suka budak-budak walaupun dia masih bujang. Malangnya kami tiada rezeki. Tidak mengapa Mama Shiela, kita pasti akan berjumpa suatu hari nanti.
Posted by:
Nisa
0 comments on "Perkahwinan Bos Ibu"
Post a Comment