Saturday, August 9, 2008

Inikah Dunia?

Posted by Nur Insyirah at 10:32 AM

10 Mac 2008 bersamaan 2 Rabiul Awal 1429.
Di Hospital Selayang
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana akhirnya saya diizinkan melihat dunia yang indah ini. Menurut kiraan sebenar doktor, tarikh jangkaan saya akan lahir ke dunia ini adalah pada 3.3.2008. Sekiranya saya lahir pada tarikh itu, bermakna hari kelahiran saya sama dengan tok saya iaitu Puan Fatimah, ibu kepada ibu saya Puan Nisa. Namun, yang lebih berkuasa adalah Tuhan yang maha pencipta, doktor hanya menjangkakan tetapi Allah lebih berkuasa menentukan segala-galanya. Asalkan ibu dan saya selamat, itu sudah memadai. Dan kurniaan itu adalah satu nikmat yang tidak terhingga.

Kasihan abah dan tok kerana terpaksa berjaga malam sambil menanti kelahiran saya. Abah tertidur di atas kerusi, sambil bergilir-gilir dengan tok untuk masuk ke bilik bersalin. Manakala tok pula tidur di dalam surau di hospital. Tepat jam 7.20 pagi Isnin saya keluar dari perut ibu saya. Berat saya pada masa itu adalah 2.75. Selepas selesai semuanya, saya dan ibu dipindahkan ke wad 5c. Pada hari kedua iaitu hari sepatutnya saya dan ibu keluar dari hospital, saya ditahan lagi dua hari kerana saya disahkan joundis. Ibu saya juga ditahan. Setiap hari abah, tok dan mak tok datang melawat saya dan ibu.

Riuh-rendah kedengaran suara rakan-rakan ibu dan abah datang melawat saya dan ibu. Malangnya, saya tidak berpakaian ketika itu kerana saya dijemur di bawah lampu. Malunya saya.... Eh, kenapa pula hendak malu? Bukankah pada masa itu mata saya ditutup, jadi tidak ada alasanlah untuk saya berasa malu hehehe.

14 Mac 2008
Seperti yang dijangka, hari keempat iaitu hari Khamis saya dan ibu dibenarkan keluar dari hospital. Seronoknya dapat balik rumah di samping dapat melihat suasana luar. Terima kasih yang tidak terhingga kepada abah, tok, mak tok, wan, alang, pak lang, abg furqan, cik uni, kakak atiqah, nenek, mama win dan dua heronya, mama jiela, mama wani dan mama ikah kerana menjadi insan pertama yang datang menziarah di wad.

Tidak lupa juga kepada bos ibu, En Fauzul Naim dan isteri beliau Puan Nurulhilyati, mama Adilah dan suaminya papa Norman serta Kak Dhia yang kiut. Juga kepada rombongan pts pertama iaitu mama Firdaus, mama Rafiza, mama Zaza, mama Leeya dan mama Asyikin. Rombongan kedua pts iaitu auntie Norhazizam, mama Majidah, mama Asma, mama Ann dan mama Nor Hafizah. Rombongan ketiga iaitu mama Faraliza dan mama Norizah.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan abah yang sudi datang menziarah saya dan ibu.

Posted by:
Nisa

0 comments on "Inikah Dunia?"

 

Ini Satu Cerita... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal