Tuesday, August 19, 2008

Berakhirnya Suatu Penantian....

Posted by Nur Insyirah at 1:54 PM
Saya dan abah sudah mengambil tempat di hadapan sekali. Kami tidak mahu terlepas peluang melihat aksi jaguh dunia berentap di gelanggang. Seorang pemain pertama dunia dan seorang lagi pemain kedua dunia. Walaupun kami hanya menonton tv di rumah.

Perlawanan bermula dengan aksi Lin Dan yang begitu bersemangat di hadapan penontonnya. Begitu jauh beliau meninggalkan Chong Wei yang pada masa itu diserang bertubi-tubi oleh pihak lawan. Sedang leka menonton, saya terlupa kepada peminat nombor satu di dalam rumah saya iaitu ibu. Saya lihat ke kanan tiada, lihat ke kiri pun tiada. Ke mana ibu pergi ya? Oh, rupa-rupanya ibu di dapur. Ibu sedang menyiapkan makanan untuk makan malam. Agak lewat malam itu kerana kami baru pulang dari rumah sepupu abah iaitu Mummy Jihan dan Daddy Khairul.

Ibu seperti tidak sanggup melihat aksi kedua-dua jaguh dunia itu berentap. Kata ibu, dia tidak mengharapkan kemenangan, tetapi sekiranya Chong Wei menang, itu adalah satu keajaiban. Lin Dan pernah memenangi 9 perlawanan manakala Chong Wei hanya memenangi 4 perlawanan ketika mereka berdua bertemu. Jadi, tidak hairanlah sekiranya Lin Dan merangkul emas dalam acara itu.

Memang betul kata ibu. Chong Wei seolah-olah hilang rentak apabila Lin Dan tidak henti-henti menyerang. Tidak sia-sia beliau meraih pingat emas pada malam itu di hadapan berjuta-juta peminatnya sama ada di stadium, rumah dan di mana sahaja. Tahniah kepada Chong Wei kerana berjaya sampai ke tahap ini dan mencipta pingat pertama buat Malaysia. Tahiah juga kepada Lin Dan, di samping mendapat emas, beliau berjaya mengukuhkan tahta sebagai pemain badminton nombor satu dunia.

Posted by:
Nisa

0 comments on "Berakhirnya Suatu Penantian...."

 

Ini Satu Cerita... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal